Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 1, 2016

LELAKI HIDAP PENYAKIT GANJIL DIGELAR `LELAKI POKOK'




Seorang lelaki dari Dhaka, Bangladesh telah digelar `pokok lelaki’ selepas menghidap penyakit ganjil ‘Human Pappiloma Virus’ (HPV) hingga menyebabkan kedua-dua tangannya berubah menjadi umpama akar pokok.

Abul Bazadar, 25, menderita penyakit itu sejak usia 10 tahun. Doktor dari seluruh dunia kini sedang berusaha untuk mendapatkan penawar penyakit ganjil itu.

HPV adalah nama bagi sekumpulan virus yang memberikan kesan kepada kulit. Terdapat lebih daripada 100 jenis HPV dengan 30 jangkitan boleh memberi kesan kepada kawasan kemaluan.

Semua jangkita HPV juga boleh menyebabkan ketuat.

Dalam pada itu, ketua penyelaras institut Pembedahan Plastik dan Melecur, Dr Samanta Lal Sen berkata, doktor akan menentukan jenis rawatan ke atas Abul selepas membentuk satu lembaga pakar perubatan.

Apa pun, sehingga kini penyakit Abul masih tiada penawarnya dan entah sampai bila dia akan berkeadaan seperti itu.


0 comments:

share2