Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 8, 2016

KESAL DITUDUH SENGAJA LANGGAR HARIMAU HINGGA MATI


‘Dah lima meter, baru nampak harimau itu’


Shah Alam - Jurugambar bebas, Mohd Syahrin Abdul Aziz, 43, meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang tidak henti-henti menuduhnya sengaja melanggar harimau sehingga mati di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), pagi kelmarin.

Katanya, dia tiada niat langsung untuk bertindak sedemikian, kerana apa yang berlaku adalah di luar daripada kemampuannya.

"Apa yang boleh saya cakap, mereka yang menuduh saya itu tiada dalam situasi saya, mereka tidak tahu bukannya saya yang tunggu untuk melanggar harimau itu.

"Nak mengelak pun tidak sempat, ia (harimau) memang menerjah ke depan kereta saya secara mengejut," katanya kepada Sinar Online.

Katanya, dia sendiri masih sedih dengan apa yang berlaku ke atas haiwan itu.

"Jadi mereka yang menuduh itu adalah tidak wajar, kerana saya memang benar-benar tidak sengaja," katanya.

Semalam, Pengarah Perhilitan Terengganu Mohd Hasdi Husin mengesahkan haiwan terbabit bunting dua bulan apabila hasil bedah siasat dijalankan terhadapnya menemui dua janin harimau di dalam perutnya.

Haiwan itu mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu Mohd Syahrin dalam kejadian jam 11;45 malam dipercayai ketika sedang melintas lebuh raya terbabit.

Ketika kejadian itu, Mohd Syahrin bersama isterinya, Masturawati Asari, 42, serta tiga anak mereka, Muhammad Adam Syafril, 16; Nur Sarah Aina, 13, dan Nur Ain Sofi, 10, dalam perjalanan dari Ampang pulang ke Kampung Pusu 3.


0 comments:

share2