Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 9, 2016

JANGAN SALAH GUNA JETI


Jangan salah guna jeti


Sungai Terap – Nelayan diingatkan tidak menyalahgunakan jeti di perairan ini sebagai laluan pintas pendatang asing tanpa izin (Pati) dan penyeludupan.

Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan nelayan yang terlibat dengan isu yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Menurutnya, kemudahan jeti disediakan kerajaan tidak wajar digunakan bagi tujuan tidak baik sedangkan lebih ratusan ribu diperuntukkan untuk bina baharu dan baik pulih jeti berkenaan.

“Ini satu kesalahan undang-undang dan saya menyokong sepenuhnya tindakan tegas diambil pihak berkuasa sekiranya betul ada kegiatan seperti itu di dalam Dun Permatang.

“Setakat ini, saya difahamkan belum ada maklumat jelas mengenai perkara itu,” katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan segelintir pihak mengenai penyalahgunaan jeti untuk tujuan tidak baik.

Beliau berkata demikian ketika melawat beberapa rumah yang terjejas ribut dan membelanjakan lebih RM8,000 untuk membaiki kerosakan lebih 40 rumah di Kampung Bestari Jaya.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, nelayan perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membanteras jenayah bagi memastikan keselamatan negara terjamin.

“Kita sedia maklum, kerajaan banyak membantu membangunkan jeti nelayan dari berkayu sehingga konkrit demi keselesaan dan keselamatan nelayan mendaratkan hasil ikan.

“Bukan itu saja, banyak bantuan dan sumbangan disalurkan kerajaan bagi membela kebajikan nelayan… jadi jangan salah guna keistimewaan ini hanya kerana mahu meraih keuntungan mudah.

“Selangor mempunyai perairan Pantai Barat yang cukup luas dan saya berharap penguatkuasaan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.


0 comments:

share2