Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 11, 2016

HATI-HATI DENGAN ACARA 'LARIAN BERUANG MADU'


Hati-hati dengan acara 'Larian Beruang Madu'


Sandakan - Satu acara larian bertemakan beruang madu yang dijadual diadakan di Kota Kinabalu 28 Feb ini bukan dianjurkan untuk manfaat Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC).

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pegawai eksekutif BSBCC Wong Siew Te berkata adalah penting bagi orang ramai dan bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam acara itu untuk mengetahui bahawa Larian Beruang Madu itu hanya tema dan ia dianjurkan oleh syarikat tempatan dan sebuah firma pengurusan acara.

Wong berkata beliau telah berhubung dengan penganjur acara itu dan berdasarkan penjelasan yang diberikan, beliau yakin larian itu tidak akan memberi manfaat kepada BSBCC atau beruang madu.

“BSBCC tidak mengambil bahagian dalam acara ini atau mempunyai kaitan dengannya. Kami mengutuk mana-mana pihak yang menggunakan nama spesies yang terancam ini dan mengeksploitasinya demi kepentingan sendiri.

Kami kesal kerana mendapat tahu larian ini bukan satu larian amal di mana hasilnya dapat membantu usaha memulihara beruang madu di Sabah.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya faham mengenai acara serupa ini bahawa mereka tidak membantu hidupan liar walaupun telah membayar untuk menyertai acara seperti ini,” katanya.

BSBCC yang berpangkalan di Sepilok dekat sini dibuka secara rasmi kepada orang ramai dua tahun lalu ke arah memulihkan beruang madu yang diselamatkan selain melaksanakan kegiatan kesedaran, pemuliharaan dan penyelidikan.

Pusat ini merupakan satu-satunya kemudahan yang ada di dunia dan pada masa ini menjaga 37 beruang yang diselamatkan.


0 comments:

share2