Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 29, 2016

DR M ISYTIHAR KELUR UMNO SEKALI LAGI


Tun Dr Mahathir Mohamad


Shah Alam - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan bahawa beliau keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengumuman itu dibuat di Pejabat Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebentar tadi.

Dr Mahathir pernah dipecat daripada Umno pada 1969 kerana melanggar disiplin parti apabila mengkritik kepimpinan Umno ketika itu, tetapi diterima kembali ke dalam parti pada 1972.

Sementara itu, pada 19 Mei 2008 Mahathir pernah mengisytiharkan keluar daripada Umno sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu Mahathir mendakwa beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.


0 comments:

share2