skip to main | skip to sidebar
PORTAL PAHANGKU

(Sejak 3.11.2010, 4.30PM) Hantar maklumat dan artikel ke: editor.pahangku@gmail.com Tel/Fax: 09-5054180

Rangkaian Media Sosial PahangKu

  • Home
  • Ringkas
  • Eksklusif
  • Tempatan
  • Pelancongan & Sukan
  • Nasional
  • Global
  • Perspektif
  • Rencana
  • Karya
  • Infografik
  • Akhbar & Portal

Carian Artikel

Galeri PahangkUTV

Galeri PahangkUTV
Klik Ke Video galeri

Tuduhan Rasuah: MB Pahang lapor polis

MB Jawab Isu Ikan Belanak Mati

PORTAL BENCANA

PORTAL BENCANA

Meteorologi Malaysia

Meteorologi Malaysia

JPS Pahang

JPS Pahang

Pengurusan Air Pahang Berhad

Pengurusan Air Pahang Berhad

MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

Yayasan Pahang Page

https://www.facebook.com/yayasanphg?fref=ts

komen

Iklan

.

Sunday, February 7, 2016

BANDUAN LOLOS DARI PENJARA MERANG BERJAYA DITAHAN

at 5:00 PM
Posted by Admin PahangKu

Banduan lolos dari Penjara Marang berjaya ditahan


Marang - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Marang pada 24 Januari lalu akhirnya berjaya ditahan semula di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payong di sini, kira-kira jam 3.20 petang, semalam.

Banduan berusia 23 tahun itu sebelum ini menjalani hukuman kerana kesalahan mencuri dalam bangunan bermula pada 3 Januari lalu dan sepatutnya dibebaskan 3 Mei depan ditahan semula hasil maklumat awam.

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, banduan yang lari dari penjara kira-kira dua minggu lalu itu, juga difahamkan bersembunyi di beberapa lokasi termasuk bangsal tidak diduduki dan di dalam hutan.

“Banduan dalam keadaan kelaparan itu kemudiannya ke Kampung Padang Tanjung, Bukit Payong dan kita difahamkan dia (banduan) sudah berada di kampung itu sejak tiga hari lalu sebelum orang awam mengadu mengenainya.

“Satu unit MPV kemudiannya menuju ke lokasi berjumpa pengadu dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit adalah suspek yang dicari dan kita juga difahamkan pengadu mempunyai pertalian persaudaraan dengan suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media diadakan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Marang di sini, hari ini.

Beliau berkata, banduan terbabit kemudiannya di bawa ke Mahkamah Majistret Marang hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan banduan itu disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang banduan berasal dari Kampung Paya Resak, Marang menggunakan helah untuk ke tandas sebelum meloloskan diri ketika mengikuti kelas agama di Penjara Marang 24 Januari lalu.

Pemuda terbabit yang menjalani hukuman penjara selama enam bulan penjara bermula 3 Januari lalu kerana kesalahan mencuri dalam bangunan dipercayai melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang tandas berkenaan.

Sumber

Labels: Nasional

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

share2


Tawaran Kursus Eletrik Di PSDC

Tawaran Kursus Eletrik Di PSDC

Kuala Sentul Dihati FM

Kuala Sentul Dihati FM

Belajar di Kolej PSDC

Belajar di Kolej PSDC

Klik ke Iklan

Klik ke Iklan

Facebook

PahangKu Fan Page

Promote Your Page Too

Arkib

10 Artikel Popular Seminggu

  • RAYUAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA
  • AKHBAR & PORTAL
  • CHONG WEI TUNDUKKAN LIN DAN
  • [KUANTAN] RESTORAN BUKAN PEMEGANG SIJIL HALAL MALAYSIA DI KUANTAN
  • JKM CARI MAKLUMAT KES BUANG BAYI
  • LANCANG EDIBLE GARDEN - PRODUK BARU AGRO PELANCONGAN PAHANG
  • DARI KERANA VIDEO SEKS !!!….. MALE Y AKAN MENJEJAKI DP VIJANDRAN???
  • Hubungan Nik Aziz Dengan Benjamin Stephen?
  • [BENTONG] PELANCONG KOREA SELATAN HILANG KETIKA BERCUTI
  • KERAJAAN NEGERI PERAK: AHMAD MASLAN OPTIMIS UMNO, PAS & BERSATU AKAN BERSAMA
Copyright © 2011 PORTAL PAHANGKU. All Rights Reserved.
Magazine Basic theme designed by Themes by PahangkuMedia.com. Bloggerized by Free Blogger Template.
Powered by Blogger.