Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 25, 2016

SEPARUH AHLI PARLIMEN DIPENJARA


Separuh ahli parlimen dipenjara, Vanuatu adakan PRU


Port Vila - Republik Vanuatu mengadakan pilihan raya semula untuk memilih ahli Parlimen baharu selepas separuh daripada ahli-ahli Parlimennya dipenjara gara-gara rasuah.

Seramai 14 ahli Parlimen terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal dalam rayuan terhadap tuduhan ke atas mereka, Oktober lalu.

Hujung November lalu, Presidennya, Baldwin Lonsdale membubarkan Parlimen apabila ia gagal membentuk kerajaan perpaduan.

Namun, Ketua Suruhanjaya Pilihan Rayanya, John Killion Taleo memaklumkan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.

John memberitahu AFP, mereka menggunakan daftar pemilih Julai 2015 bukan yang terkini untuk pilihan raya itu.

Ini menyebabkan pengundi yang telah meninggal dunia tidak dibuang daripada senarai dan ramai pengundi muda yang telah masuk usia 18 tahun tidak dapat mengundi.

Tahun lalu, 14 ahli Parlimen di negara ini didapati bersalah dalam isu rasuah ketika presidennya di luar negara dan dipenjara empat tahun serta dilarang bekerja dengan kerajaan selama 10 tahun.

Speaker Parlimen, Marcellino Pepite yang juga pemangku Presiden telah menggunakan kuasanya untuk mengampunkan dirinya dan 13 yang lain.

Sepulangnya Baldwin ke Vanuatu, beliau membatalkan pengampunan itu. Mahkamah Agung kemudian menyatakan bahawa pengampunan itu tidak mengikut Perlembagaan.

Difahamkan pilihan raya itu berjaya dilaksanakan, Jumaat lalu.


0 comments:

share2