Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 13, 2016

POLIS SIASAT 'FLASH MOB' TAK PAKAI SELUAR

Polis siasat 'flash mob' tak pakai seluar



MOSCOW - RUSIA . Pihak berkuasa Rusia akan menyiasat gimik 'flash mob' yang tidak memakai seluar dan hanya memakai pakaian dalam pada Ahad lepas.

Menurut AFP, aksi yang digelar 'No pants subway ride' disertai berpuluh-puluh penumpang lelaki dan wanita di sebuah stesen kereta api bawah tanah.

"Pihak polis sedang membuat keputusan sama ada perbuatan mereka menghina kesopanan awam atau tidak," kata jurucakap polis kepada agensi RIA Novosti.

Syarikat kereta api bawah tanah, Moscow Metro pula menggesa orang ramai supaya menghormati sesama mereka dan tidak melanggar kesopanan di tempat awam.

Salah seorang peserta, Mark Vesely telah memuat naik foto flash mob tersebut dan mengatakan gimik tersebut berjaya.

Vesely juga menyatakan rasa tidak puas hati kerana sesetengah peserta bertindak tidak sopan dengan menggayakan aksi hubungan seks.

Sementara itu, cabang parti komunis, Communist of Russia mengecam gimik flash mob berkenaan, semalam.

Gimik flash mob tersebut yang dipercayai berasal dari Amerika Syarikat telah tersebar ke ibu kota popular dunia seperti London dan Bangkok.

Gimik tersebut menyaksikan peserta flash mob berpakaian harian yang normal tetapi tanpa memakai seluar.



0 comments:

share2