Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 13, 2016

[KUANTAN] BENARKAN MELOMBONG BAUKSIT DOSA BESAR - FAUZIAH

Mereka lakukan dosa besar, kata Fuziah



Individu yang membenarkan aktiviti perlombongan bauksit sehingga menyebabkan kemudaratan di Pahang, dianggap sebagai golongan yang melakukan dosa besar.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, keburukan yang menimpa ratusan ribu penduduk di kawasan sekitar akibat perlombongan bauksit itu juga merupakan satu bencana alam yang besar.

“Sesiapa yang membenarkan risiko ini berlaku adalah golongan berdosa besar. Mereka ini ibarat merompak, lanun dan merosakkan kehidupan penduduk sekitar.

“Saya tidak hanya bercakap mengenai ekonomi terjejas tetapi berkaitan kehidupan,” katanya di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan kerajaan akan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari.

Wan Junaidi berkata, bagi membendung masalah pencemaran akibat bauksit, kerajaan telah membekukan pengeluaran Permit Kelulusan (AP) untuk menjalankan operasi perlombongan sejak minggu lalu.

“Perlombongan bauksit di Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan sekitar memuncak lewat 2014.

“Selain gangguan debu merah, saya sudah berkali-kali menyuarakan kebimbangan mengenai kesan jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk,” katanya



Yb Fuziah Saleh turut hadir pada Demo penggunaan agen kawalan debu di Bukit Goh tidak berapa lama dahulu.




0 comments:

share2