Seorang lelaki sempat berbelanja sakan termasuk membeli dua telefon bimbit baharu menggunakan sebahagian wang hasil kegiatan pecah rumah sebelum dicekup polis, petang kelmarin.
Suspek berjaya diberkas kira-kira jam 3 petang oleh anggota Balai Polis Beserah di sebuah rumah di Kampung Pantai Balok di sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suspek turut mendedahkan identiti rakannya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat itu, polis berjaya menahan rakan suspek itu kira-kira jam 5.45 petang di tepi jalan Kg Balok Permai.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat memecah masuk sebuah rumah di kawasan Beserah, 9 Januari lalu.
Kedua-dua suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
0 comments:
Post a Comment