Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 2, 2016

[KUANTAN] JAIP SERBU KELAB


ditahan gari


Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan 16 individu yang disyaki minum arak dalam serbuan di sebuah kelab dangdut di Jalan Wong Ah Jang, tengah malam semalam.

Dalam operasi bersepadu kira-kira jam 12.30 pagi sempena sambutan tahun baru itu, kesemua individu yang berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu sedang berhibur melayan lagu dangdut sambil meminum minuman keras.

Difahamkan, kelab berkenaan antara ‘port’ kaki botol berusia lewat 40-an dan ke atas berdangdut sambil minum minuman keras dan kebanyakan yang ditahan adalah pengunjung tetap.

Pengarah Jaip, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, mereka yang disyaki terbabit itu akan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah selain ujian alkohol dan saringan urin.

Menurutnya, dalam operasi sama, sembilan wanita ditahan kerana kesalahan mengikut Seksyen 53 enakmen yang sama kerana memakai pakaian yang tidak sopan.

“Kesemua mereka dibawa ke pejabat Jaip untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Selain itu, katanya, dalam operasi itu juga, Jaip turut menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana didapati berkhalwat di sebuah rumah di kawasan perumahan Cenderawasih kira-kira jam di sini, kira-kira jam 1 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati, rumah berkenaan disewa oleh salah seorang lelaki bersama rakannya dan serbuan dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga individu iyang berusia 19 hingga 25 tahun itu memberi kerjasama penuh dan mereka memberi alasan berehat di rumah itu selepas keluar menyambut tahun baharu. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 32 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.


0 comments:

share2