Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 20, 2016

JANGAN POLITIKKAN PEMBERSIHAN SISA BAUKSIT

Abdul Rahman Dahlan 


PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh diingatkan tidak mempolitikkan kerja-kerja pembersihan sisa bauksit yang sedang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat di sekitar Kuantan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jika kerajaan tidak bertindak, ia hanya akan mengundang kemarahan rakyat terbabit.

"Fuziah ambil pendekatan yang amat singkat pandangan beliau, maknanya kita terpaksa tunggu.

"Kalau nak tunggu, kalau sebulan, dua bulan belum dapat tahu lagi siapa pemandu dan sebagai kerana ini aktiviti haram," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan dan Peralatan Kebombaan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Fuziah pada Sabtu lepas yang memberi amaran supaya kerajaan tidak lagi menggunakan dana awam untuk kerja-kerja pembersihan bauksit.

Sebaliknya Fuziah berkata kerajaan perlu mengarahkan pengusaha perlombongan bauksit terbabit untuk menanggung kos pembersihan itu.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman juga berkata, pihak dalam proses untuk mengenal pasti pemandu lori dan pengusaha lombong haram itu sebelum bil pembersihan diserahkan kepada mereka terbabit.

"Kalau syarikat sah, senang kita (serah) bil (pembersihan), kalau dia syarikat haram, mungkin makan masa.

"Kita nak selesaikan masalah pembersihan ini, mungkin Alam Flora sebagai syarikat konsesi akan memberikan bil kepada kita, dan kita akan selesaikan seperti (kes) Bersih dahulu," katanya lagi.
 
 
 
 

0 comments:

share2