Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 17, 2016

[BERA] BEKAS POLIS BERA RASA TERPINGGIR

Bekas polis Bera rasa terpinggir


Kemayan - Ahli Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia Cawangan Bera yang menetap di sini, mahu pihak jawatankuasa tertinggi persatuan memberi perhatian sewajarnya kepada ahli terutamanya mereka yang terlantar sakit.

Ahli, Manshor Ahmad berkata, kebanyakan mereka yang menjadi ahli adalah kalangan bekas ‘homeguard’ yang bertempur dengan komunis untuk mempertahankan negara.

Menurutnya, sejak belakangan ini, majoriti ahli persatuan seolah-olah dipinggirkan, malah ada yang ‘merajuk’ kerana beranggapan pengorbanan memperjuangkan keamanan negara tidak lagi dipedulikan.

“Mereka ini kebanyakannya sudah berumur lebih 60 tahun. Jadi, apabila mereka tidak dipanggil untuk menyertai sebarang aktiviti termasuk mesyuarat tahunan, keadaan ini sedikit sebanyak meruntuhkan semangat mereka.

“Malah, apabila ada ahli terlantar sakit juga, tiada wakil daripada jawatankuasa tertinggi yang turun padang untuk ziarah, jauh sekali hulurkan sumbangan,” katanya kepada Sinar Harian, ketika ditemui kelmarin.

Katanya, bekas pejuang negara ini tidak mengharapkan layanan istimewa yang melampau tetapi cukup sekadar memberi perhatian sebagai mengingati dan menghargai jasa mereka.

Seorang lagi ahli, Hasan Peh Abdullah, 85, berkata, dia pernah menerima pingat daripada Queen Elizabeth di London sekitar 1952 kerana dia merupakan antara ‘homeguard’ yang berdedikasi dan berjaya menembak ramai komunis pada ketika itu.

“Masa mula-mula jadi ‘homeguard’, hari-hari hidup dalam bahaya. Tetapi, sebab mahu hidup aman, saya kena berani.

“Kalau kena masuk hutan untuk tembak komunis, tak langsung rasa takut. Masa tu, saya hanya fikir untuk tembak komunis sahaja,” katanya.

Katanya, sebelum ini, dia dan ahli lain sering menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan pihak berkenaan, namun sekarang lebih dari dua tahun mereka tidak lagi bersama walaupun ahli tetap persatuan.

Dalam pada itu, wartawan Sinar Harian turut dibawa menziarahi bekas ‘homeguard’ yang terlantar sakit, V Vediappan, 87, di sini.

Difahamkan, Vediappan terlantar sakit berikutan serangan strok dan sebelah kanan badannya tidak boleh berfungsi selain hilang upaya untuk bercakap.

Cucunya, S Tharshini, 17, yang berada di rumah ketika itu berkata, apabila ibu dan ayahnya serta adik beradik ke sekolah, datuknya terpaksa ditinggalkan bersendirian.

Tharshini berkata, selain terpaksa menanggung perbelanjaan susu, bijirin gandum dan lampin pakai buang, datuknya juga perlu mendapatkan rawatan susulan.




0 comments:

share2