Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 21, 2016

BEG BERISI RM400,000 DILARIKAN PENYAMUN


Beg berisi RM400,000 bank dilarikan penyamun


Tampin - Sebuah beg berisi wang tunai sebanyak RM 400,000 yang baru sahaja di bawa keluar dari Maybank dan ingin dimasukkan ke dalam van keselamatan dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di Pulau Sebang, di sini, 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Ismail Mohd Yusof berkata, beliau kesal kerana setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), beliau mendapati kakitangan keselamatan yang berada di lokasi kejadian tidak melepaskan tembakan ke arah suspek yang terus melarikan diri ke tempat duduk belakang pacuan empat roda (4×4) jenis Hilux.

"Macam drama tapi kita akan teliti semula rakaman cctv bagi siasatan lanjut. Bagaimanapun, enam kakitangan keselamatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden ini.

"Suspek kita anggarkan berusia lingkungan 30an dan melarikan diri menggunakan 4x4 yang bernombor pendaftaran palsu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, di sini.

Ismail berkata, siasatan lanjut masih dijalankan


0 comments:

share2