Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 14, 2016

BAUKSIT ANTARA MB PAHANG DAN MANUSIA BERSALAH PART 1



(Nota: Tulisan ini adalah diambil dari sebuah laman blog bebas di Negeri Pahang. Tulisannya telah viral dilaman sosial. Pautannya diberikan seperti dibawah):

Isu bauksit di Pahang masih belum reda umpama ribut yang meranapkan segenap pelusok kehidupan negeri Pahang.Isu tempatan yang awalnya,kini menjadi perhatian nasional akibat permainan politik pihak pihak tertentu.

Bukan sekadar ribut dalam cawan,bauksit melahirrkan manusia yang begitu prihatin dengan alam sekitar disebalik sikap hipokrasi diri sendiri terhadap pencemaran alam sekitar.Apatah lagi golongan cerdik pandai alam sekitar menjadikan bauksit sebagai testimoni kajian akademik bukan kehidupan manusia yang sebenarnya jauh lebih kompleks.

Agenda politik

Sasaran serangan yang di dendangkan saban waktu celiknya mata rakyat Malaysia di pagi hari di ulang ulang berkali kali secara berterusan dan konsisten melalui media arus perdana yang selama ini di label sebagai pro BN.

Wujud tangan-tangan ghaib di sebalik media arus perdana ini membelasah kepimpinan negeri Pahang khsusnya DSDR MB Pahang.Gerakkerja untuk menjatuhkan DSDR Adnan Hj Yaakob, MB Pahang bukan lah perkara baharu dan pastinya kita perlu berlapang dada sebagai ahli politik ianya adalah asam garam yang perlu di lalui.

Namun amat dikesali mengapa harus ada campurtangan orang luar Pahang dalam merealisasikan impian menjatuhkan DSDR MB Pahang.Seolah-olah Pahang Darul Makmur tidak lagi makmur,tiada kestabilan politik dan ekonomi serta masalah sosial yang tidak terkawal.

Mereka di luar sana lebih arif apa yang sedang berlaku di Pahang dan cuba mencorakkan kepimpinan politik malah lebih dikesali ianya didalangi oleh orang UMNO sendiri.Pihak pembangkang umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan DSDR MB Pahang sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima kritikan tetapi biarlah secara bersopan dan mempunyai keterbatasan.Tidak wujud "denial syndrome"apatah lagi menidakkan apa yang betul tetapi perlu juga melihat kepada penyelesaian secara holistik kerana slogan suara rakyat sahaja tidak menjadikannya kerajaan berdiri dengan sendiri.

"Kerajaan" itu perlu dimengertikan maksud dan perlaksana suara majoriti yang dipilih scara demokrasi tetapi tetap menjurus menjaga institusi beraja,memayungi rakyat dan kesinambungan bangsa Melayu apatah lagi anak-anak Pahang.Jika di Johor,sudah timbul semangat kenegerian membela bangsa Johor tetapi mengapa tidak di Pahang.

Teruk sangatkah politik di Pahang jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia jika keputusan PRU 13 menjadi ukuran.Daripada 14 kawasan hanya 4 kawasan dimenangi oleh pembangkang di peringkat Parlimen manakala bagi kerusi DUN 30 dari 42 kerusi milik BN,daripada seramai 611786 pengundi,BN memperolehi 337,596 (55.18%)undi manakala PR mendapat 271,411 (44.36) undi popular.

Tsunami masyarakat Cina pada PRU ke 13 tempias ke Pahang merupakan isu nasional dan bukan isu tempatan seperti perlombongan ,pembalakan mahupun isu alam sekitar.

Sekadar mengambil contoh negeri yang hampir sama besar dengan Pahang (35960km/persegi) manakala Perak (21,005km/persegi) undi popular yang dimiliki BN Perak yang mengundi BN 44.71% manakala PR mendapat 54.48% undi popular.Secara relatifnya BN di Pahang mengatasi undi popular BN Perak yang sebenarnya tewas namun tiada sebarang serangan politik terhadap kepimpinan MB Perak seperti dialami oleh kepimpinan BN di Pahang.

Di Perak dari 24 kerusi Parlimen sebanyak 12 di menenagi oleh BN dan 12 dimenangi oleh PR menunjukkan betapa getirnya politik di sana manakala di perinkat DUN dari 59 kerusi BN memanagi 31 kerusi manakala PR 28 kerusi adalah situasi nyawa-nyawa ikan.

Pola taburan pengundi menunjukkan bahawa undi Melayu di Perak telah kembali kepada BN berbanding PRU 12 dimana PAS yang membawa sembah derhaka gagal memenangi hati kaum Melayu.Kemenangan BN di Perak purata di menangi oleh UMNO dengan 3O kerusi manakala 1 kerusi di menangi oleh MCA itupun majoriti pengundi Melayu.

Apakah relevannya keputusan pilihanraya tersebut.Jika ada pihak yang beriya-iya ingin menyeret MB Pahang dengan istana terhadap isu bauksit di Pahang fikirlah apa yang terjadi di Perak tanpa penglibatan istana dalam politik sesebuah negeri beraja.Hanya mereka yang menjadi Menteri Besar di negeri beraja tahu mengurus situasi tidak semudah yang di sangkakan.

Sikap tidak bijak menuding jari hanya kepada MB Pahang kepada setiap permasalahan yang wujud hanya akan merugikan BN sendiri.
Tanah runtuh salah MB,orang kemalangan jalanraya akibat lori bauksit salah MB,tebang balak untuk jajaran laluan tiang TNB salah MB seolah olah MB bukan lagi istilah Menteri Besar Pahang tetapi Manusia Bersalah yang dibicarakan di mahkamah rakyat yang terbina dengan sokongan mereka yang ketandusan idea.



0 comments:

share2