Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 6, 2016

‘ARWAH TERJATUH DI RUMAH KAMI'


‘Arwah terjatuh di rumah kami’


Bachok - Suasana pilu mengiringi pemergian Allahyarham Ideris Muhammad, 90-an, yang disemadikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Beris Kubur Besar, kelmarin.

Eksekutif Kanan Jualan Iklan Sinar Harian Kelantan, Azlishan Hamid berkata, arwah datuknya itu meninggal dunia selepas dua hari dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah mereka.

“Dua hari lalu arwah terjatuh di rumah kami, menyebabkan dia cedera dan mengalami pendarahan dalam kepala. ALLAH SWT lebih menyayanginya...dia meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital.

“Jenazah dibawa pulang oleh ahli keluarga kami ke kampung halamannya di Beris Tengah dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua sahabat handai dan saudara-mara yang hadir membantu menguruskan jenazah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Husain turut hadir di rumah keluarga berkenaan dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Ilias berkata, arwah adalah saudara jauh beliau yang mempunyai talian kekeluargaan dengan dirinya. Anak arwah, Rokemi adalah Ketua Cawangan Umno Beris Pak Pura.


0 comments:

share2