Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 28, 2016

AMARAN AWAL KEPADA PENGHULU


Amaran awal kepada penghulu


Kota Bharu - Penghulu di Kelantan diberi amaran awal untuk tidak menentang ideologi Pas terutamanya terlibat dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengerusi Majlis Penghulu Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penghulu merupakan lantikan politik dan mereka mestilah bersama-sama dengan dasar kerajaan.

“Kalau kita dapati selepas ini ada penghulu yang menentang kerajaan sama ada dari segi perbuatan atau kata-kata, kita akan ambil tindakan. Sebelum ini ada beberapa kes, sebab itu ada yang kita tidak lantik dan digantikan dengan orang lain,” katanya kepada media semalam.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penghulu 2016 yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan iaitu memberi amaran, gantung dan pecat jika perkara tersebut berlaku.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan elaun penghulu akan dinaikkan, namun ia masih lagi dalam pertimbangan mengikut perkembangan semasa selepas ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai rayuan Solidariti Vape Kelantan yang menghantar memorandum untuk menangguhkan pembekuan lesen vape di sini, beliau menegaskan, kerajaan masih lagi berpegang kepada keputusan sebelum ini.

“Perkara ini (memorandum rayuan) masih belum dibincangkan lagi, tapi buat masa sekarang kita kekalkan keputusan terakhir,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar peniaga menghormati keputusan fatwa yang menetapkan vape adalah haram dan tidak dibandingkan dengan pengharaman rokok.

“Kalau sudah ada fatwa, maka ikutlah fatwa itu. Berlainan dengan rokok, rokok ini kalau baca dalam kitab ada dua fatwa, satu fatwa kata makruh dan satu kata haram. Kalau pegang haram maka haramlah, kalau makruh pun makruhlah, tapi vape ini semuanya kata haram,” katanya.


0 comments:

share2