RAKYAT Jepun diketahui umum kebanyakannya amat menitikberatkan disiplin.
Perkara ini turut terbukti apabila beredar satu rakaman video yang menunjukkan ribuan penumpang sebuah tren keretapi yang terkandas di sana, masih mampu berjalan keluar dalam satu barisan.
Walaupun pengangkutan awam di Jepun sangat efisyen namun masalah kerosakan kadangkala tak dapat dielak. Dalam satu kejadian pada 16 November lalu jam 8 pagi di Kobe, sebuah tren terkandas selepas mengalami kerosakan ketika ianya sarat dengan penumpang yang mahu ke sekolah dan pejabat.
Memandangkan kerosakan tersebut memerlukan masa untuk diselesaikan kira-kira 5,000 penumpang diarah meninggalkan tren dan berjalan ke stesen berdekatan.
Tanpa sebarang kekecohan apatah lagi insiden yang boleh membawa kepada kecederaan, arahan tersebut dipatuhi oleh ribuan penumpang yang terlibat dengan tenang sekaligus membuatkan kita kagum melihat ketinggian disiplin rakyat sana.
Kesemua penumpang dilihat bukan sahaja berjalan dalam satu barisan tetapi juga memastikan langkah mereka hanya memijak bahagian tengah trek keretapi. Kelihatan juga, petugas Japan Railways berada di platform untuk meminta maaf atas kesulitan yang berlaku sambil memberikan penumpang sebotol teh.
0 comments:
Post a Comment