Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 31, 2015

SYARIKAT BAKAR HUTAN TERLEPAS HUKUMAN


Syarikat bakar hutan terlepas hukuman


Jakarta - Sebuah mahkamah Daerah Palembang telah menolak semua tuntutan dibuat Kementerian Alam Sekitar Indonesia terhadap syarikat PT Bumi Mekar Hijau kerana menyebabkan kebakaran hutan di Sumatera Selatan.

Sebelum ini, kementerian itu mengenakan denda lebih AS$570 juta (RM2,452 juta) terhadap syarikat terbabit kerana didakwa menyebabkan jerebu teruk di rantau Asia Tenggara.

PT Bumi Mekar disyaki menyebabkan kebakaran 20,000 hektar tanah konsesi di Ogan Kemering Llir, Sumatera Selatan pada 2014.

Dalam keputusannya, tiga hakim mahkamah itu berkata, tidak ada kerosakan berlaku kepada alam sekitar akibat kebakaran hutan di kawasan itu dan ia masih boleh digunakan untuk penanaman.

Pada masa sama, hakim berkata kerajaan Indonesia tidak pernah mengalami kerugian akibat daripada kebakaran hutan.

Mahkamah juga mengarahkan Jakarta membayar kos prosiding yang berjumlah kira-kira AS$700 (RM3,000).

"Implikasi yang luar biasa. Pada masa akan datang, pihak yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan merasa mereka tidak boleh disentuh oleh undang-undang dan amalan buruk mereka tidak akan berubah," kata Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Alam Sekitar, Khalisah Khalid.

Kebakaran hutan di Indonesia menjadi punca utama keadaan jerebu rentas sempadan yang melanda Malaysia, Singapura serta Thailand, lapor CNA.


0 comments:

share2