Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 21, 2015

SIARAN AKHBAR BERKAITAN RESOLUSI DILULUSKAN PARLIMEN EROPAH MENGENAI MALAYSIA

PUTRAJAYA, 21 Dis - Ini bukanlah kali pertama pihak Kesatuan Eropah (EU) telah membangkitkan kebimbangannya. Berdasarkan kepada perbincangan dan konsultasi dengan pelbagai Kementerian dan agensi persekutuan, Kementerian Luar Negeri sentiasa mengadakan perhubungan dan komunikasi yang kerap dengan pihak EU melalui Kedutaan Besar Malaysia di Brussels dan juga melalui Perwakilan EU di Kuala Lumpur.

Bertentangan dengan kiasan dalam laporan oleh sesetengah media tempatan, kebimbangan tersebut juga telah dibangkitkan dan dibincangkan oleh kedua-dua pihak termasuk semasa interaksi peringkat tertinggi di antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan EU, sama ada semasa lawatan dua hala atau di forum antarabangsa seperti Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM), Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN / Persidangan Pasca Menteri-Menteri ASEAN (AMM / PMC).



0 comments:

share2