Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 10, 2015

#PAU2015 : PERWAKILAN SIFATKAN UCAPAN DASAR KETUA PEMUDA SUARA AKAR UMBI

Kuala Lumpur, 9 Disember--Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berucap di hadapan perwakilan Pemuda ketika sesi penggulungan dalam Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC petang ini. - Foto : MediaUMNO


KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ucapan dasar yang disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini disifatkan sebagai tepati tuntutan semasa dalam parti dan menyuarakan denyut nadi akar umbi..

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Ahmad Nik Hakim Abdul Rahim berkata pendekatan yang diambil oleh pergerakan itu adalah berhemah di mana tidak mendesak atau menyanggah mengenai isu berbangkit yang melibatkan presiden parti.

“Pemuda UMNO sentiasa berada di belakang Presiden dan menyokong penuh setiap tindakan yang dilakukan olehnya serta kami berharap isu ini dapat diselesaikan seperti mana yang dijanjikan,” katanya di sini, hari ini.

Khairy menyampaikan ucapan dasarnya yang bertajuk Idealisme Perjuangan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail.

Dalam ucapan dasar Ketua Pemuda hari ini, Khairy banyak menyentuh soal kepimpinan parti, kos sara hidup dan pembelaan terhadap rakyat terutama orang muda.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Muhammad Firdaus Muhammad berkata isu yang disampaikan oleh Khairy mengenai kos sara hidup amat bertepatan dengan permasalahan yang berlaku terhadap rakyat negara ini.

“Dengan mengambil kira kos sara hidup di mana ia perlu selari dengan ekonomi setempat sebagai contoh di Kuala Krai, harga getah turun menyebabkan kesan terhadap ekonomi setempat dan saya minta agar kerajaan dapat memberi sedikit perhatian dan bantuan bagi meringankan beban penduduk setempat.

“Saya amat menyokong kenyataan yang disampaikan di mana pihak Pemuda UMNO menolak kenaikan kadar tol,” tambahnya.

Bagi Naib Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, Amin M. Shukor berpendapat beliau lebih tertarik dengan kenyataan mengenai isu kenaikan tambang pengangkutan awam.

“Saranan idea di mana diskaun diberikan kepada anak muda sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang telahpun menanggung kos lain yang turut meningkat,” katanya.




0 comments:

share2