Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 31, 2015

PADERI GUNA HOVERBOARD DIGANTUNG TUGAS


Paderi guna hoverboard digantung tugas


Binan Parish - Seorang paderi digantung tugas selepas dirakam menggunakan hoverboard semasa menyampaikan ucapan sempena Hari Krismas di sebuah gereja, minggu lepas.

Persatuan gereja tempatan, Diocese of San Pablo mengecam tindakan paderi tersebut dan menyifatkan ia sebagai menghina ibadat.

"Paderi tersebut menyesal dan mengakui tindakannya tidak bertepatan dengan ibadat dan berjanji tidak mengulanginya lagi," kata persatuan tersebut di laman Facebook.

Sementara itu, video insiden tersebut telah dimuatnaik di laman Facebook Flow Cartagena dan menarik perhatian 14 juta pelayar.

Hoverboard yang sebelum ini popular sebagai hadiah Hari Krismas kini dibayangi dengan kejadian letupan dan kebakaran melibatkan perantis tersebut.

Kerajaan Filipina juga sedang merancang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan peranti berkenaan.


0 comments:

share2