Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 18, 2015

MARA DIGITAL DI SETIAP NEGERI TAHUN DEPAN


MARA Digital Mall diperluas di setiap ibu negeri bermula tahun depan - Ismail Sabri


Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian MARA Digital Mall (MARA Digital) ke seluruh negara melalui penubuhan pusat barangan digital itu di setiap ibu negeri bermula tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan cawangan baru MARA Digital dijangka membabitkan pusat perniagaan MARA sedia ada yang memerlukan sokongan.

"Sebagai contoh, Anggerik Mall di Shah Alam dan beberapa lagi bangunan MARA seluruh negara yang memerlukan pembaharuan dan perubahan dari segi aspek perniagaan," katanya pada sidang media selepas pengumuman prestasi dana terbaik PMB Investment di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti lokasi sesuai untuk pembukaan MARA Digital di setiap ibu negeri sebelum meluaskan lagi ke peringkat daerah melalui penggunaan pusat Arked MARA di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.

"Arked MARA juga memerlukan pembaharuan dan penjenamaan semula di mana kami melihat ia sebagai tempat sesuai memasarkan produk berasaskan teknologi maklumat (IT) sekali gus mewujudkan perubahan dan memberi pilihan di samping produk sedia ada seperti pakaian," katanya.

0 comments:

share2