Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 13, 2015

[KUANTAN] KELULUT BANTU JANA EKONOMI

Kelulut bantu jana ekonomi



Sebanyak 10 log kelulut diwakafkan kepada Madrasah Tahfiz Hafizah Anwarul Tanzil Al Banat di Kampung Padang Darat di sini sebagai menjana ekonomi untuk pelajar berkenaan.

Pengetua Maahad Tahfiz Anwarul Tanzil Al-Othmaniah, Syed Shahrinnizan Syed Mohd Sah berkata, sumbangan daripada Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia itu amat dihargai.

Menurutnya, pihaknya melihat perusahaan madu kelulut adalah pilihan terbaik diusahakan di kawasan madrasah berkenaan.

“Madrasah ini baru diwujudkan awal tahun ini di atas tanah wakaf seluas 0.8 hektar dan saya rasa mengusahakan madu kelulut adalah langkah terbaik.

“Selain boleh menjana ekonomi, madu kelulut ini boleh dimakan oleh pelajar dengan hasrat memudahkan mereka untuk menghafaz al-Quran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Log Kelulut di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia, Mohd Junaidi Mokhtar berkata, program wakaf itu adalah kali pertama diadakan.

Beliau berkata, selepas melihat minat pihak madrasah berkenaan terhadap ternakan madu kelulut, pihaknya terpanggil untuk mewakafkan log kelulut di madrasah itu.

“Ini adalah sumbangan kami kepada madrasah dan harap ia akan menjadi saham akhirat buat kami.

“Kami juga bersedia memberikan khidmat nasihat mengenai kaedah penternakan kelulut ini kepada pihak madrasah,” katanya.




0 comments:

share2