Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 27, 2015

[KUANTAN] DPMP TEKAD BERGERAK AKTIF TAHUN 2016

Bergambar kenangan selepas mesyuarat


Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang mengadakan mesyuarat tahunannya semalam (26.12.2015) bertekad untuk bergerak lebih aktif dengan mengadakan lebih banyak aktiviti yang akan melibatkan ahli-ahlinya dan masyarakat.

Prof. Dato' Mohd Mansor Abdullah selaku Ketua 1 DPMP menyatakan beberapa acara besar telahpun dirancang bagi tahun 2016 nanti antaranya adalah 'Sayembara Novel Nasional Tun Abdul Razak', dan 'Seminar Bugis Pahang - Makassar'.

Selain itu, 'Bengkel Penulisan Puisi' dicadangkan akan diadakan pada bulan Februari di Kuala Tahan (Taman Negara) serta 'Bicara Tokoh' yang akan diadakan lebih awal pada bulan Januari nanti.

DPMP juga bercadang menganjurkan kerja amal 'Kembara DPMP Kenang Jasa' dengan menziarahi kubur allahyarham Pak Sako, Jaafar Husin serta tokoh-tokoh sastera Negeri Pahang lainnya.

Prof. Dato' Mohd Mansor serta DPMP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana bermurah hati menyumbang 'geran' bagi menggerakan aktiviti-aktiviti persatuan sebagaimana yang diumumkan beliau di 'Malam Hadiah Sastera Darul Makmur 2015' pada 17 Ogos lalu.






0 comments:

share2