Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 30, 2015

HOVERBOARD MELETUP, TERBAKAR DI PUSAT MEMBELI-BELAH


Hoverboard meletup, terbakar di pusat membeli-belah


Houston - Sebuah hoverboard meletup dan terbakar secara tiba-tiba di sebuah pusat membeli-belah yang dipenuhi orang awam, semalam.

Menurut laporan Mirror UK, pemilik asal hoverboard berkenaan telah memulangkan hoverboard berkenaan yang mengalami masalah bateri ke sebuah kedai di pusat membeli-belah Deerbrook di Humble, kelmarin.

Kakitangan kedai tersebut kemudian cuba mengecas bateri hoverboard semalam dan sebelum peranti tersebut meletup dan terbakar.

Orang ramai terpaksa dikeluarkan dari pusat membeli-belah berkenaan dan pegawai keselamatan menggunakan alat pemadam api untuk memadam api kebakaran.

Jawatankuasa Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC) kini menyiasat kejadian tersebut.


0 comments:

share2