Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 29, 2015

BANJIR: 39 MANGSA DIPINDAHKAN DI KUANTAN


Banjir


Selepas Terengganu, Pahang pula dilanda banjir kilat menyebabkan 39 orang daripada sembilan keluarga dipindahkan di daerah ini selepas rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat petang SEMALAM.

Penguasa Kanan Bomba II, Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ashrul Riezal Asbar berkata, kesemua mangsa dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kempadang, Berjaya Permai di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kempadang, bermula 6 petang.

"Banjir disebabkan limpahan air longkang berhampiran rumah mereka," katanya di sini, malam TADI.

Sementara itu, Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang dalam kenyataan memaklumkan paras air Sungai Belat di Sri Damai di sini melepasi paras amaran iaitu 3 meter, manakala lain-lain sungai berada di aras normal.

Bagaimanapun menurut laman web Jabatan Meteorologi Pahang tempoh hujan mula berkurangan bermula 8 malam

.

0 comments:

share2