Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 5, 2015

[RAUB] EKSPEDISI RENTAS TITIWANGSA - RAUB KE SLIM RIVER

'Take 5' dalam perjalanan


25.10. 2015 - Tourism Malaysia Pahang dengan kerjasama Lata Lembik Recreation Park mengadakan Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa – Pahang ke Perak pada 25 hingga 28 Oktober 2015. Program ini melibatkan laluan dari Raub, Pahang menuju ke Silm River, Perak.

Program selama 4 hari 3 malam ini disertai seramai 25 orang termasuk rakan media, Pelancongan Pahang, Pejabat Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang dan Pegawai Tourism Malaysia Pahang dan Perak. Aktiviti merentas Banjaran Titiwangsa ini diadakan bagi mempromosikan eko pelancongan yang terdapat di Pahang dan Perak disamping memperkenalkan laluan yang pernah digunakan ketika Perang Dunia Kedua yang dikenali sebagai Laluan Force 136. 

Di Pusat Rekreasi Lata Lembik, para peserta dapat menikmati keindahan alam semulajadinya yang mempesona disamping menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti ‘flying fox’ dan ‘abseiling’. Selain mengenali keindahan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang laluan, para peserta juga berpeluang mendalami kisah-kisah lagenda yang terdapat di setiap persinggahan antaranya adalah lagenda Batu Gajah dan Batu Hidang. Setibanya di Ulu Slim, Slim River, Perak, para peserta dapat merehatkan diri sebentar di Kolam Air Panas Ulu Slim dengan merasai kehangatan air yang mencecah suhu 104°c. Disepanjang laluan ekspedisi ini juga, para peserta melalui perkampungan orang asli.

Ekspedisi ini diharap dapat menjalinkan kerjasama yang erat antara rakan media serta semua agensi yang terlibat dari Negeri Pahang dan Perak serta dapat meningkatkan pelancongan domestik bagi kedua-dua negeri. Diharapkan program yang dijalankan ini dapat mewujudkan jaringan (networking) kepada semua peserta yang terlibat. Melalui program ini juga dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Perak dan Pahang serta mempromosikan Negeri Pahang secara khusus dalam meraikan sambutan Tahun Melawat Pahang 2017.




















0 comments:

share2