Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 4, 2015

PENYOKONG ISTIKOL FC TUDUH PENGADIL PERLAWANAN MENERIMA RASUAH


images (6)



Kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) keatas Istiklol FC di Dushanbe, Tajikistan pada Jumaat lepas terus hangat diperdebatkan oleh para penyokong Istiklol yang menyuarakan bantahan kerana mendakwa pengadil dan pembantunya dari Jepun menerima rasuah dari JDT sehari sebelum perlawanan itu dilangsungkan. Menerusi laman twitter penyokong FC Istiklol, mereka mendakwa apa yang berlaku pada perlawanan berkenaan terlalu pelik untuk difahami.

Jika sebelum ini, para penyokong Istiklol menggelarkan pengadil perlawanan, Minaru Tojo, sebagai syaitan kerana membatalkan kesemua gol yang dijaringkan oleh pemain FC Istiklol pada perlawanan berkenaan, hari ini kelab penyokong Istiklol menghantar memorandum dengan tandatangan penuh dari para penyokong kelab berkenaan mendakwa pengadil dan 4 orang pembantunya telah menerima rasuah dari JDT sehari sebelum perlawanan.




Lebih memburukkan keadaan, mereka juga turut memorandum berkenaan kepada Persatuan Bolasepak Asia (AFC) bagi menuntut siasatan dijalankan oleh AFC terhadap dakwaan mereka. Dakwa mereka, menerusi ulang tayang yang dilakukan oleh beberapa badan profesional di Tajikistan termasuk badan pengadil profesional negara berkenaan menunjukkan, sekurang-kurangnya 2 gol yang dijaringkan oleh Istiklol jelas tidak offside.

Namun, pada dasarnya mereka bersetuju dengan dakwaan mengatakan 2 gol lagi yang berjaya dihasilkan oleh pemain Tajikistan berkenaan wajar dibatalkan kerana menjatuhkan pertahanan JDT terlebih dahulu. Namun, mereka jelas tidak boleh menerima pembatalan jaringan minit akhir perlawanan berkenaan kerana menurut badan pengadilan Tajikistan, tiada walau seorangpun pemain mereka berada dalam kedudukan offside.

Jesteru, dakwa mereka, sememangnya terdapat unsur rasuah dalam perlawanan berkenaan dan badan pengurus bolasepak Asia kini dituntut untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap semua pegawai pertandingan yang mengadili perlawanan berkenaan.




Sebagai rujukan, JDT berjaya memenangi piala AFC berkenaan setelah menewaskan FS Istiklol hasil jaringan tunggal Leandro Velaquez pada minit ke 23. Namun perlawanan akhir berkenaan dicemari dengan pembatalan 4 jaringan yang dilakukan oleh pemain Istiklol dan paling mengecewakan, jaringan minit 96 perlawanan yang dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana dua orang pemain Istiklol berada dalam kedudukan offside.

Dalam satu perkembangan, menerusi akaun Twitter milik FC Istiklol, mereka dikhabarkan akan menghantar bantahan rasmi kepada FIFA berhubung mutu pengadilan perlawanan berkenaan beserta dengan tuduhan menerima rasuah. Namun berita ini masih belum dapat disahkan.

0 comments:

share2