Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 2, 2015

[LIPIS] PROGRAM HOMESTAY MANJANA PENDAPATAN PENDUDUK

Puan Anne @ Narisah Mohamad dari Pejabat Kementerian Pelancongan 
dan Kebudayaan Negeri Pahang.


31.10.2015 - Seramai 60 orang bakal pengusaha homestay dari kalangan penduduk Kampong Binjai, Jerantut dan Kampong Dusun, Lipis telah mengadakan Lawatan Intergrasi ke Homestay Kampong Kuala Medang, Lipis.

Lawatan sehari itu bertujuan mendedahkan peluang penduduk kampong untuk menyertai industri pelancongan yang semakin berkembang pesat di negara kita.

Sebaik tiba di Kampong Kuala Medang, peserta diraikan dengan jamuan minum selamat datang seterusnya mendengar taklimat dari Pengerusi JKKK Kg. Kuala Medang berkenaan sejarah dan kemajuan yang dicapai selama ini.

Seterusnya, Puan Anne @ Narisah Mohamad dari Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang memberikan penerangan mengenai homestay, peranan dan bagaimana untuk melibatkan diri serta bantuan-bantuan yang pihak kerajaan sediakan dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Peserta kemudiannya dibawa melawat projek dan produk pelancongan yang ditawarkan oleh homestay Kuala Medang antaranya ternakan kelulut, tanaman fertigasi serta projek IKS pembuatan mee kuning serta beramah mesra dengan keluarga angkat (foster) masing-masing.

Kampong Kuala Medang telah mecapai banyak kejayaan sejak mula terlibat dalam industri pelancongan dalam menawarkan penginapan homestay. Dalam masa sama Kampong Kuala Medang juga telah meraih beberapa anugerah dan peruntukan dari pihak kerajaan termasuk anugerah 'Kampong Desa Lestari Abad Ke-21' oleh Kementerian Luar Bandar & Wilayah dengan diberikan peruntukan sebanyak RM 3,316.980.oo Juta.


Ketua Kampong Kuala Medang memberikan taklimat kepada peserta

Sebahagian Peserta Lawatan Intergrasi ke Homestay Kuala Medang

Antara kejayaan-kejayaan yang dicapai....







Peserta dibawa melawat ke kabin yang disediakan untuk pelancong

 Peserta lawatan mendengar taklimat berkenaan ternakan kelulut





0 comments:

share2