Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 28, 2015

KUIH KARIPAP CEKIK DARAH!


Kuih karipap cekik darah!


Georgetown - Cekik darah! Itulah reaksi beberapa pengunjung luar yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendapati kebanyakan kuih-muih dijual dengan harga tidak berpatutan.

Pelancong dari Johor, Nor Aishah Abdul Rahman, 22, berkata, dia terkejut kerana harga kuih yang dibelinya berharga antara 70 sen hingga RM1 seketul.

"Jika di Lembah Kelang pun harganya dalam 40 sen seketul.

"Saya ada tanya kenapa harga kuih sangat mahal. Ada yang menjawab ia perkara biasa di kawasan pelancongan negeri ini.

"Sedangkan kuih yang dijual kecil saja. Tak sesuai dengan harganya," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa gerai kuih-muih yang terletak di lokasi pelancongan utama mendapati rata-rata peniaga kuih sememangnya meletakkan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

Ketika ditanya kenapa harganya begitu mahal, seorang peniaga di situ menyatakan ia berikutan karipap berkenaan berintikan ayam.

Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap dan cekodok pisang pula menjual sebiji karipapnya dengan harga 60 sen seketul.

Peniaga itu mengatakan dia sengaja meletakkan harga sedikit murah daripada pesaingnya yang menjual karipap seketul 80 sen.

Pelancong dari Negeri Sembilan, Rahman Ahamed berkata, dia terkejut dengan harga kuih yang tidak masuk akal di kawasan tumpuan pelancongan di Pulau Pinang.

“Bagi saya, harga yang dijual ini begitu mahal dan tidak padan dengan kualitinya. Jika ia besar dan intinya penuh tak apa juga. Tapi inti kosong.

"Jadi saya rasa tak ada logiknya mereka meletakkan harga 60 sen hingga 80 sen seketul. Saya lihat pelancong asing pun tak beli," katanya.

Kebiasaannya aneka kuih muih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.


0 comments:

share2