Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 18, 2015

[KUANTAN] PAHANG SIAPSIAGA HADAPI BANJIR - MENTERI BESAR



18.11.15. - Kerajaan Pahang sudah bersiapsiaga menghadapi kemungkinan berlakunya banjir akhir tahun ini dengan menyediakan 627 pusat perpindahan banjir yang boleh menempatkan hampir 140 ribu mangsa.

Menjawab soalan Dato' Sri Mohmed Puzi, ADUN Peramu Jaya di Mesyuarat  Ke 3, Penggal Ke 3, Dewan Undangan Negeri Pahang ke 13 supaya memperbanyakkan pembinaan pusat perpindahan banjir yang kekal.

Menurut Dato' Sri Mohmed Puzi, pusat perpindahan memerlukan kelengkapan yang kekal dan lengkap bagi mengatasi masalah mangsa banjir yang sentiasa bertambah dan memerlukan tempat berpindah yang selesa.

Menteri Besar Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata Negeri Pahang memandang serius bencana banjir yang kerap berlaku sejak tahun kebelakangan ini dan menganggapnya sebagai  'Act of God' (Qada' dan Qadar).

Sementara lokasi pusat perpindahan didirikan berdasarkan lokasi dan kesesuaian kategori pusat perpindahan yang antaranya termasuk balairaya, dewan orang ramai, sekolah dan masjid.

"Berdasarkan pengalaman banjir 2013 dan 2014, terdapat juga pusat perpindahan banjir turut ditenggelami, menunjukkan banjir adalah fenomena tak boleh dikawal dan lokasi pusat perpindahan akan dibuat dengan kesesuaiannya bila berlaku," kata Dato' Sri Diraja Adnan lagi.



0 comments:

share2