Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 27, 2015

KERAJAAN NEGERI BERI RM2 JUTA UNTUK PEMAIN JDT


JDT


Johor Bahru - Kerajaan negeri Johor mengumumkan pemberian insentif RM2 juta buat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata pemberian ganjaran tersebut susulan kejayaan skuad Harimau Selatan itu merangkul gelaran Juara AFC 2015, di Tajikistan, 31 Oktober lalu.

"Kita memberikan untuk pegawai dan pemain-pemain JDT satu insentif dengan jumlah keseluruhan RM2 juta sebagai tanda ucapan terima kasih," katanya pada Majlis Penghargaan Penaja dan Media di Persada, disini.

Majlis anjuran PBNJ itu diserikan kehadiran Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JDT melakar sejarah sebagai pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara menjulang Piala AFC selepas menundukkan FC Istiklol dari Tajikistan dengan jaringan 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe, Oktober lalu.

0 comments:

share2