Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 20, 2015

'JIKA SAYA KURUS, SAYA MUNGKIN SUDAH MATI'


'Jika saya kurus, saya mungkin sudah mati'


Herefordshire - Seorang wanita bersyukur kerana keadaan fizikalnya yang gemuk menyebabkan dia terselamat daripada maut selepas digigit dua ekor anjing.

Teresa Stinton, 40, cedera parah selepas digigit dua ekor anjing hampir 20 minit semasa menghantar bungkusan kepada pelanggannya di Staffordshire.

Menurut Teresa, walaupun menerima lebih 70 gigitan di bahagian kaki hingga ke kepalanya, dia terselamat kerana fizikalnya yang gemuk menyebabkan dia mampu bertahan.

"Ia sesuatu yang menakutkan. Malah menyangka saya akan mati.

"Jika saya kurus, mungkin saya sudah mati kerana gigitan anjing tersebut hampir mengenai tulang," katanya dipetik Metro.uk

Katanya lagi, lemak dibadannya menyebabkan anjing tersebut berhenti menggigit lebih dalam yang boleh mendatangkan kecederaan yang lebih teruk.

Sementara itu, pakar bedah yang merawat Teresa, Demetrius Evriviades berkata, adalah tidak mustahil kegemukan wanita itu telah menyelamatkan nyawanya.

Teresa dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Birmingham selama tiga minggu.

Kejadian itu menyebabkan berat badanya turut turun dari 139kg kepada 50 kilogram.


0 comments:

share2