Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 22, 2015

[CAMERON HIGHLAND] TEBATAN LEMBAH BERTAM MAMPU ELAK BANJIR 100 TAHUN

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar



Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ‎ Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam melibatkan peruntukan RM40 juta, dijangka siap Mei 2016.

Beliau berkata, projek melebar dan mendalamkan Sungai Bertam yang sepatutnya siap September tahun ini, terpaksa ditangguh berikutan masalah pengambilan tanah dan terdapat batuan di dasar Sungai Bertam.

"Projek ini telah 55 peratus siap. Walaupun projek ini tidak siap sepenuhnya, kapasiti aliran air yang berupaya membawa banjir, boleh ditampung berikutan kerja-kerja saliran utamanya hampir selesai," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan projek itu di Lembah Bertam di sini, hari ini.

Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam-Sungai Ringlet diluluskan peruntukannya oleh kerajaan susulan tragedi banjir lumpur pada 23 Oktober 2013 di Lembah Bertam dan kemudian berulang kembali pada 5 dan 7 November 2014 di Ringlet.

Wan Junaidi berkata, apabila projek itu siap, ia dapat mengelak berlaku banjir selama 100 tahun kerana takungan air dibesarkan dan mampu menampung isipadu yang lebih tinggi.

"Projek ini juga merangkumi skop tebatan banjir di pekan Ringlet. Projek ini dijangka dapat mengurangkan 20 hektar luas kawasan banjir, selain mengurangkan kerugian akibat bencana berjumlah RM20 juta, sekali gus menyelamatkan 3,000 penduduk," katanya.




0 comments:

share2