Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 14, 2015

AIR SELANGOR: APABILA MOTIF PERJUANGAN TAK LAGI SAMA


Air


Shah Alam - Penganalisis politik melihat motif sebenar penstrukturan semula industri air di Selangor sudah terpesong dan bukan lagi demi memperjuangkan hak rakyat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, keputusan kerajaan Selangor berhubung kenaikan tarif air jelas akan memberi kesan kepada sokongan rakyat.

"Walaupun rakyat belum tahu keseluruhannya, sama ada masih percuma atau perlu dibayar dan berapa banyak kenaikan tarif air itu, tetapi kenyataan (Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali) itu memberi persepsi bahawa air sudah tidak percuma lagi, sudah mahal," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan memberitahu sidang Dun bahawa kerajaan negeri tetap menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai.

Jelas Samsu Adabi, alasan memperjuangkan hak rakyat itu hanyalah pada awal cerita.

"Tujuan asal penstrukturan semula industri air itu kini sudah lari. Jelas ada udang di sebalik mi.

Menggunakan perjuangan rakyat untuk kepentingan lain. Itu yang berlaku sekarang ini.

"Dulu, mereka menyalahkan Syabas kerana pengurusan air seolah-olah demi kebajikan rakyat tapi apabila sudah termetrai, isunya sudah bukan lagi kepentingan rakyat.

"Kini, mereka lebih jaga kepentingan syarikat-syarikat konsesi," katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini membidas hasrat kerajaan negeri dan menyifatkan ia tidak munasabah kerana tindakan itu bercanggah dengan hasrat pengambilalihan industri perkhidmatan air di negeri ini.

Abdul Khalid mengingatkan bahawa tujuan asal penstrukturan semula indusri air dilaksanakan supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif berpatutan.

Katanya, sebagai pemilik mutlak, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menetapkan kaedah penetapan harga dan kos di setiap peringkat operasi sebagai strategi mengawal kos operasi itu, sekali gus dapat mengelakkan kenaikan tarif air.


0 comments:

share2