Kuala Lumpur - Sejumlah 43,599 rakyat negara ini berumur lebih 100 tahun, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia adalah rekod yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara sehingga September tahun ini.
Katanya, kaum Cina mencatatkan jumlah tertinggi manakala Orang Asli Semenanjung adalah yang terendah mengikut pecahan kaum.
"Kaum Cina adalah sebanyak 36,251 orang diikuti kaum Melayu (2,671), kaum India (2,570), etnik Sarawak (747), etnik Sabah (432), Orang Asli Semenanjung (tujuh) dan lain-lain kaum (921)," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang ingin tahu jumlah rakyat Malaysia berumur lebih 100 tahun mengikut pecahan kaum.
0 comments:
Post a Comment