Sebuah rakaman menunjukkan sebuah kenderaan terbakar akibat pemandunya tidak mematikan enjin semasa mengisi minyak di sebuah setesen minyak di Penang.
Rakaman tersebut dikongsi oleh seorang pelayar di Facebook, semalam.
Dalam rakaman tersebut, dua orang kanak-kanak melarikan diri dari kereta tersebut selepas pemandunya, seorang lelaki menyedari kereta tersebut terbakar.
Kata pelayar berkenaan, sedikit elektrik statik mencukupi untuk mulakan pembakaran.
"Mujur staff stesen ni terlatih, cekap dan pantas bertindak memadamkan kebakaran," katanya lagi.
Lokasi dan tarikh kejadian gagal dipastikan.
0 comments:
Post a Comment