Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 3, 2015

‘SAJA MAHU BIKIN GEMPAR'


‘Saja mahu bikin gempar’


Georgetown - Saja nak buat gempar. Tiada perhimpunan baju merah selepas solat Jumaat di hadapan Komtar seperti yang digembar gemburkan dalam media sosial sebelum ini.

Petugas media yang berada di situ sejak awal lagi menunggu hampir satu jam untuk melihat perkembangannya namun tiada apa pun yang berlaku.

Begitu juga dengan anggota polis yang bersedia di kawasan sekitar untuk mengawal keadaan.

Polis turut menutup jalan di Lebuh Teik Soon untuk sementara waktu sebagai persediaan untuk menghadapi peserta perhimpunan itu.

Penutupan jalan itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu-lintas di kawasan sekitar, terutama ketika orang ramai selesai mengerjakan solat dan bergegas ke pejabat untuk meneruskan tugas.

Sebelum ini, heboh di laman sosial Facebook menyebut mengenai perhimpunan di Komtar selepas solat Jumaat bagi mendesak Kerajaan Pulau Pinang menarik balik larangan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau.

Perkara itu tersebar luas sehingga mendapat perhatian media dan polis.

Difahamkan, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan.

0 comments:

share2