Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 1, 2015

RUSSIA LANCAR SERANGAN UDARA PERTAMA KE ATAS SYRIA




Washington - Russia semalam melancarkan serangan udara pertama di Syria, dekat bandar Homs, kata pegawai pertahanan Amerika Syarikat, menandakan permulaan rasmi campur tangan ketenteraan Moscow ke dalam konflik hampir lima tahun itu. 

Bercakap tanpa mendedahkan identiti, pegawai pertahanan itu berkata seorang jeneral Russia yang mengendalikan pusat risikan di Baghdad datang ke kedutaan Amerika Syarikat dan memberikan maklumat lisan bahawa serangan akan dijalankan. 

"Mereka memberikan maklumat bahawa mereka akan mula melakukan serangan di Syria, menyatakan Russia memberikan amaran kira-kira sejam sebelum menyerang. "Ia dilakukan di kawasan Homs."

0 comments:

share2