Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 18, 2015

PUKUL, MINTA RM1,000 KERANA KOTORKAN KERETA?


Pukul, minta RM1,000 kerana kotorkan kereta?


Rakaman seorang lelaki menampar pekerja khidmat mencuci kereta menjadi viral selepas tersebar di laman sosial, hari ini.

Video tersebut yang dimuatnaik ke laman Facebook mengatakan seorang lelaki memukul pekerja tersebut yang didakwa warganegara Bangladesh kerana memasuki kenderaan pelanggan dan dituduh mengotorkannya.

"Mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina," tulis seorang pelayar laman Facebook.

Tak cukup dengan memukul, pekerja tersebut dikehendaki membayar RM1,000 kerana duduk dan mengotorkan kereta tersebut ketika mengelap cermin.

Menurut pelayar tersebut, pukulan tersebut menyebabkan pekerja terbabit berdarah dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

"Klinik kata patah/bengkak teruk dan refer hospital," tulis pelayar tersebut lagi.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian lebih 33,000 pelayar laman sosial dan menarik lebih 16,000 komen yang mengecam tindakan pemilik kenderaan tersebut.

"Mahal ke kereta dia tu? Kalau kereta harga RM1 juta, lainlah. Report polis!," kata Sam.

"Tak payah berlagak la. Kalau kaya, kenapa pergi tempat bangla kerja? Kenapa tak pergi tempat high class?" marah Angah.

1 comments:

  • Unknown says:
    October 18, 2015 at 1:04 PM

    kenapa marah sangat dier tu..tido luar ke malam td? http://bit.ly/1NO3II8

share2