London - Seorang wanita yang didakwa kurang ajar kerana menuang mi panas di atas kepala seorang pelanggan gara-gara berebut kerusi kini dikehendaki polis.
Menurut laporan Dailymail, tindakan wanita tersebut dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) baru-baru ini di gerai mi di Argyll, Soho.
Kejadian berlaku selepas mangsa yang berumur 24 tahun datang untuk membeli makanan terlibat dengan pertengkaran merebut kerusi di gerai tersebut.
Seorang lelaki yang bersama-sama wanita berkenaan kemudian menumbuk mangsa di bahagian muka.
Polis Britain mendedahkan rakaman tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan tersebut supaya tampil membantu siasatan.
0 comments:
Post a Comment