Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 27, 2015

MUFTI: `MASYARAKAT KITA SEMAKIN KRITIKAL'


Mohamad Shukri Mohamad


Kota Bharu - Penyebaran video yang mendatangkan keburukan, membuka aib dan tidak berakhlak adalah gambaran bahawa masyarakat kita berada dalam keadaan kritikal, tegas Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu meningkat penguatkuasaan mengawal dan menyekat anasir negatif itu daripada terus disebarkan menerusi media sosial.

“Sepatutnya laman sosial digunakan untuk perkara-perkara yang mendatangkan faedah, bukan memudaratkan.

“Laman sosial ini sepatutnya mendatangkan kebaikan dan memudahkan urusan harian namun ada segelintir yang tidak berakhlak menggunakannya ke arah keburukan,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, penyebaran video dan bahan tontonan yang mengaibkan, berita palsu serta fitnah dilarang sama sekali apatah lagi hukumnya adalah haram di sisi Islam.

“Ini adalah cerminan bahawa masih ada masyarakat yang belum terdidik dan rendah akhlaknya.

“Namun, ia bukanlah masalah yang dikaitkan dengan kenegerian. Mana-mana negeri tidak akan terlepas dalam isu ini sekiranya ada yang tidak berdisiplin dan beretika.

“Kita tidak boleh menghukum sesebuah negeri dengan kes terpencil seperti seekor kerbau bawa lumpur, semua kena. Sama-samalah kita banteras gejala keganasan dan anasir liar agar kehidupan bermasyarakat lebih sejahtera,” katanya.

0 comments:

share2