Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 27, 2015

MISI JELAJAH SOLO WARGA EMAS


Misi jelajah solo warga emas


Kota Bharu – Pengayuh basikal solo warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 69, akan memulakan cabaran siri jelajah tiga pusingan membabitkan Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand dan Singapura sejauh 8,000 kilometer (km) dalam tempoh 80 hari.

Beliau berkata, misi yang dijadualkan bermula 28 November ini adalah usaha mencipta sejarah tersendiri selain mengharumkan nama negara dalam aktiviti berbasikal.

Menurutnya, peluang kedua menjayakan siri jelajah tersebut memberi peluang kepadanya untuk mempromosikan negara ke negara Asean lain seperti Vietnam, Thailand, Kemboja, Singapura dan Riau, Indonesia.

“Sudah pasti misi amal ini akan memberi kesan positif kepada masyarakat untuk mencapai taraf rakyat sihat dan negara makmur,” katanya.

Wan Hashim yang bakal menginjak ke usia 70 tahun berkata, dia sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi misi penting itu selain amat menitikberatkan keselamatan ketika berada di luar negara.

“Saya akan sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di setiap negara bagi memastikan misi ini lancar,” katanya.

Lelaki yang mempunyai enam cahaya mata dan 18 cucu itu berkata berkata, pengalaman berbasikal secara solo sebelum ini dijadikan asas bagi memastikan setiap misi jelajahnya berjaya.

Terdahulu, Wan Hashim berjaya menamatkan misi berbasikal secara solo mengelilingi Semenanjung Malaysia dan Singapura pada 26 Januari hingga 22 Februari 2014 lalu.

Kayuhan sejauh 2,250km dalam masa 28 hari melayakkan beliau menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai `The oldest to cycle around peninsular Malaysia’.

0 comments:

share2