Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 3, 2015

[MARAN] BERANG TABUNG KOSONG, PENCURI SEPAHKAN AL-QURAN




Gara-gara berang tabung masjid yang penat diumpil tidak mempunyai wang, seorang pencuri tergamak bertindak ‘membalas dendam’ dengan menyelerakkan Al-Quran dan bahan bacaan lain di Masjid An-Nur, Felda Jengka 12, Maran, Pahang, kelmarin.

Kejadian itu disedari oleh seorang jemaah yang juga ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu yang kebetulan hadir bagi menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5 pagi.

Terkejut melihat keadaan dalam masjid yang bersepah, AJK tersebut kemudian melaporkan kepada pihak polis.



Menurut Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi, suspek yang dipercayai berusia 40 tahun itu pada mulanya masuk ke dalam masjid untuk mencuri duit tabung.

“Suspek masuk menerusi pintu tidak berkunci dan cuba mengumpil tabung masjid, namun berang apabila tabung di ruang solat tidak berisi.

“Suspek bertindak menyelerakkan barangan dalam masjid termasuk al-Quran, sejadah dan telekung, malah beberapa barangan di dalam masjid turut dirosakkan,” katanya kepada Harian Metro.

Setakat ini, kami masih belum menerima laporan sama ada suspek telah berjaya ditangkap ataupun tidak.

0 comments:

share2