Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 6, 2015

MALAYSIA HANYA SETUJU, BUKA SAH SERTAI TPP


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff


Shah Alam - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menjelaskan, Malaysia belum terkesan dengan tindakan kerajaan memuktamadkan Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), semalam.

Agus berkata, ini kerana kita baru memuktamadkan persetujuan dan kesediaan kita untuk menyertai TPP, ujarnya, memuktamadkan persetujuan belum bererti Malaysia sah akan menyertai TPP dan terikat dengan persetujuan tersebut.

"Semalam TPP ini telah dimuktamadkan oleh kesemua 12 negara yang terlibat. Saya lihat ramai yang bimbang dengan hal ini. Dua faktor utama yang menyumbang kepada kebimbangan ini. Pertama, risau sekiranya kita akan berada di bawah telunjuk Amerika Syarikat. Kedua, risau kerana kandungan dokumen TPP tersebut tidak didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

"Namun , sebelum TPP dikuatkuasakan, terdapat dua peringkat lagi yang perlu dilalui. Pertama, kerajaan perlu mendapatkan kelulusan kabinet atau parlimen. Dalam hal ini, kerajaan telah berjanji akan membawa hal ini untuk kelulusan parlimen.

“Kedua, sekiranya parlimen meluluskan persetujuan ini, maka kerajaan perlu meratifikasikannya. Selepas meratifikasikannya, barulah kita terikat dengan perjanjian ini. Jadi, sebelum sampai kepada proses kedua dan ketiga tersebut, sekaranglah masanya untuk kita menyatakan pandangan," katanya dalam laman rasmi Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu Agus berkata setakat kini, rakyat Malaysia hanya melihat dari sudut kelemahan dan keburukan TPP. Oleh itu katanya, untuk tujuan perbincangan dan analisis, bagaimana pula jika dilihat dari aspek kebaikan dan kelebihannya.

Katanya terdapat beberapa kelebihan, sekiranya Malaysia menandatangani perjanjian itu.

" Antara kelebihannya ialah syarikat Malaysia akan menikmati akses pasaran kepada semua negara ahli, sesuatu yang diperlukan untuk membolehkan syarikat kita berdaya saing.; Negara kita mampu menarik pelaburan asing untuk datang melabur di negara kita.

“Sekiranya tidak menyertai TPP, maka negara kita akan kerugian beberapa perkara. Antaranya: Hilang kredibiliti sebagai negara pasaran bebas. Ketinggalan kepada Singapura dan Vietnam sebagai negara pilihan pelabur dalam konteks Asean,” katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan awal pagi tadi menjelaskan TPP yang dirumuskan ini bersetuju untuk mempertimbangkan hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Mustapa berkata, butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.

Mustapa mewakili Malaysia pada rundingan TPP dengan 11 pihak lain iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

1 comments:

  • Anonymous says:
    October 6, 2015 at 8:53 PM

    Terdesak ke kita utk ikut serta ?
    Economic decusions will no longer be ours, all will centred in US.
    US is losing battle against China, are we desperate to take side ?

share2