Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 12, 2015

KAKI, JARI PUTUS DIGIGIT JERUNG


Kaki, jari putus digigit jerung


Hawaii - Seorang lelaki kehilangan jari dan kaki kiri selepas diserang seekor jerung ketika melakukan luncur air, Jumaat lepas.

Menurut Mirror, Collin Cook, 25, sedang duduk di atas papan luncurnya sambil menunggu ombak ketika diserang di Pulau Oahu.

Kaki kiri Cook dilaporkan putus dari aras lutut.

Mangsa kemudian berjaya berenang ke pantai dan dibawa ke hospital untuk dirawat.

Bagaimanapun, doktor terpaksa memotong paha kiri Cook kerana bahagian tersebut terlalu hancur untuk dirawat.

Difahamkan, jerung yang menyerang Cook adalah dari jenis jerung Harimau atau Galapagos yang mampu mencapai 10 hingga 12 kaki panjang.

Pantai di Pulau Oahu kini ditutup sehingga keadaan dipastikan benar-benar selamat.

0 comments:

share2