Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 20, 2015

{JENGKA] GPW DIGESA MANAFAATKAN TEKNOLOGI ICT MAJUKAN DIRI


20/10/2015 -Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di kawasan Felda perlu keluar daripada kepompong tradisi bagi menjadikannya lebih berkesan dalam menjadi agen pembangunan masyarakat.




"Perlu ada perubahan daya kreatif dan innovasi sesuai dengan perkembangan zaman dan usia bukan halangan bagi ahli memperkasakan diri dengan memajukan diri sendiri seterusnya masyarakat."kata YB Dato'Shahaniza hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Hari GPW 2015 Wilayah Jengka di Felda Jengka 13 hari ini.

Katanya.."menceburkan diri dalam bidang perniagaan online misalnya mampu menjana pendapatan yang lumayan.Pusat Internet 1 Malaysia sebagai contoh,boleh digunakan dengan mempelajari teknologi maklumat dan pemasaran online selain media sosial boleh dimanafaatkan dengan menyalurkan sebarang kegiatan GPW dengan lebih berkesan"

"Sebagai agen yang menyampaikan maklumat GPW tidak boleh ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi sebaliknya menjadikannya sebagai medium menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat."ujarnya.

Hari GPW 2015 Wilayah Jengka yang juga merupakan acara tahunan yang diadakan khusus bagi merapatkan perpaduan dikalangan masyarakat Felda.

Selain menambah pengetahuan ahli dengan ceramah ceramah yang diadakan ianya juga memberi peluang kepada GPW menunjukkan kebolehan dan bakat melalui pameran dan pertandingan yang diadakan pada hari tersebut.

Turut hadir pada hari tersebut selain daripada ahli-ahli GPW dari 37 rancangan Wiayah Jengka ialah Tua Hj Nasir bin Embong,Pengurus Besar Wilayah,FELDA Wilayah Jengka,Dato'Khatijah bt M.Said,Ketua Seranta FELDA Wilayah Jengka,Tuan Hj Sulaiman Bakar.

0 comments:

share2