Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 15, 2015

BUTA SEKEJAP APABILA GAM DISANGKAKAN UBAT TITIS MATA




Naya apabila gam disangkakan ubat titik mata.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat, Katherine Gaydos, 28, apabila rakannya secara tidak sengaja telah memberikan sebotol gam yang disangkakannya sebagai ubat titik mata.

Insiden itu berlaku ketika mereka berdua sedang membersihkan halaman rumah Katherine dan ketika sedang mengemas, mata Katherine dimasuki habuk daun kering.




Katherine kemudian meminta tolong rakannya itu untuk memberikannya ubat titis tersebut, namun lain pula jadinya apabila yang diambilnya itu adalah sebotol gam.

Menurut wanita malang itu, dia menyedari telah tertuang gam sebaik titisan pertama gam jatuh ke matanya.

Sebaik merasakan panas di bahagian tersebut, dia terus menjerit dan mengarahkan kawannya menghubungi talian kecemasan 911.

Doktor yang merawatnya menasihatkan Katherine menjalani pembedahan atau dia akan kehilangan deria penglihatan sebelah kiri buat selama-lamanya.

Namun sebenarnya, Katherine tidak memerlukan pembedahan apabila beberapa hari kemudiannya matanya sudah boleh dibuka semula dan menurut pakar, gam tidak boleh menyebabkan seseorang itu buta.

Bagaimanapun, sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti ini, perkara utama yang perlu dibuat adalah jangan panik sebaliknya terus pergi berjumpa doktor bagi merawatnya sebelum menjadi lebih parah.

0 comments:

share2