Sungai Petani – Sebuah stor penyimpanan racun dan baja di Bandar Puteri Jaya, terbakar dalam kejadian lebih kurang 8.30 malam kelmarin.
Kontena yang dijadikan tempat penyimpanan bahan-bahan itu dikatakan menjadi bangunan sementara sebelum ia digunakan bagi tujuan penanaman.
Bagaimanapun, tiada sebarang insiden kecederaan dilaporkan berhubung kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata, beliau yang mengetuai operasi menerima panggilan pada jam 8.39 malam bergegas ke lokasi kejadian.
“Empat jentera termasuk FRT Sungai Petani 1, FRT Sungai Petani 2, Water Tanker dan Emergency Medical & Rescue Services (EMRS) dengan 19 anggota dihantar bagi operasi memadamkan kebakaran.
“Apabila tiba di tempat kejadian, api sedang marak melibatkan kebakaran sebuah stor yang menyimpan racun dan baja tanaman,” katanya.
Beliau menjelaskan, operasi memadam kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani yang membabitkan keanggotaan seramai 12 orang.
Katanya, punca dan kerugian masih lagi dalam siasatan.
0 comments:
Post a Comment